• UniMAP Perkukuh Akses Pendidikan Tinggi Inklusif melalui Sasaran Kemasukan dan Graduasi Pelajar B40 serta Wanita
    Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus memperkukuh komitmennya dalam menyediakan akses pendidikan tinggi yang inklusif dan saksama melalui penetapan sasaran kemasukan serta graduasi bagi pelajar daripada golongan pendapatan rendah (B40) dan pelajar wanita di peringkat prasiswazah.

    Inisiatif ini telah diluluskan dalam Jawatankuasa Kemasukan Prasiswazah Kali Ke-13 (Bil. 2/2025) pada 5 Disember 2025, sebagai sebahagian daripada usaha Universiti memperkukuh akses kepada pendidikan tinggi, pembangunan modal insan dan keadilan sosial.

    Sasaran Kemasukan yang Jelas dan Terukur
    Sebagai sebahagian daripada pelaksanaan inisiatif ini, UniMAP menetapkan sasaran minimum 60 peratus kemasukan tahunan pelajar B40 bagi program pengajian prasiswazah serta sekurang-kurangnya 50 peratus kemasukan pelajar wanita dalam semua bidang pengajian.

    Penetapan sasaran ini disokong melalui pecahan sasaran mengikut fakulti, jabatan atau program bagi membolehkan pemantauan yang lebih terperinci dan berfokus. Pada masa yang sama, Universiti memberi penekanan kepada pelaksanaan proses kemasukan, sokongan dan penilaian pelajar yang bebas daripada diskriminasi serta menjamin kesamarataan peluang kepada semua golongan.
    Usaha memperluas akses turut merangkumi pengukuhan mekanisme kemasukan, termasuk laluan kemasukan keutamaan untuk pelajar B40 dan laluan kemasukan keutamaan ke program teknikal bagi pelajar wanita.

    Memperkasa Pelajar melalui Bantuan dan Sokongan
    Bagi memastikan akses kepada pendidikan tinggi dapat diteruskan tanpa kekangan kewangan yang menjadi faktor kepada keciciran, UniMAP turut memberi perhatian kepada aspek biasiswa, bantuan kewangan dan insentif.

    Antara pendekatan yang digariskan ialah memperluas skim biasiswa atau derma khusus untuk pelajar berkeperluan, menyediakan insentif yuran, bantuan peralatan pembelajaran serta sokongan kos sara hidup. Selain itu, tabung sokongan kecemasan bagi pelajar B40 turut dicadangkan bagi membantu mengurangkan risiko keciciran sepanjang tempoh pengajian.

    Memperluas Outreach dan Galakan Penyertaan Wanita
    Dalam usaha memastikan peluang pendidikan tinggi dapat dicapai oleh kumpulan sasaran, UniMAP turut memberi penekanan kepada aktiviti promosi dan outreach secara menyeluruh, khususnya kepada calon daripada golongan B40 dan kawasan luar bandar.

    Program outreach ke sekolah-sekolah B40 akan disokong dengan sesi taklimat berkaitan kerjaya dan akademik kepada calon pelajar wanita, termasuk penglibatan mentor wanita dalam bidang teknikal. Kisah kejayaan alumni daripada golongan B40 dan wanita juga diketengahkan sebagai model teladan untuk memberi inspirasi kepada bakal pelajar.
    Pada masa yang sama, UniMAP memberi perhatian kepada penyediaan persekitaran kampus yang inklusif dan mesra gender melalui kemudahan yang menyokong penyertaan wanita, termasuk ruang selamat dan jaminan keselamatan kampus, serta pelaksanaan program dan kempen kesedaran berkaitan kesaksamaan gender dalam kalangan warga Universiti.

    Daripada Akses kepada Kejayaan: Memastikan Pelajar Bergraduat
    Komitmen UniMAP tidak terhenti pada kemasukan. Universiti turut menetapkan sasaran 100 peratus kadar graduasi bagi pelajar B40 dan pelajar wanita berdasarkan jumlah kemasukan kohort semasa.

    Bagi mencapai sasaran tersebut, pemantauan akademik yang sistematik dan berjadual akan dilaksanakan bagi mengenal pasti pelajar yang berisiko mengalami prestasi akademik rendah sejak awal semester. Pemantauan berkala melalui penasihat akademik program serta sesi kaunseling akademik bagi pelajar berprestasi rendah merupakan antara mekanisme yang digariskan.

    Sistem Rakan Pendamping Siswa (RPS) turut diperkukuh bagi memastikan bimbingan kepada pelajar dapat dilaksanakan secara lebih berfokus. Penyelarasan RPS dengan pelajar serta penetapan jumlah minimum pertemuan setiap semester akan membantu menyediakan sokongan yang lebih konsisten sepanjang tempoh pengajian.

    Selain itu, UniMAP akan memperkukuh sokongan akademik melalui kelas pemulihan bagi kursus yang mencatat kadar kegagalan tertinggi, tutorial tambahan secara berjadual serta program mentor-mentee bagi kursus atau subjek yang dikenal pasti sukar.
     
  • ACADEMIC MANAGEMENT CENTRE (AMC) ANNOUNCEMENT!!
    Attention to all UniMAP students (Diploma & Bachelor's Degree)! 
    The Academic Calendar for the 2026/2027 Session has been officially released!
    Please refer to the attached infographic to check important dates regarding:
    New Student Registration Dates
    Orientation Week & Start of Lectures
    Revision Weeks & Final Examinations
    Make sure to save this poster and plan your semester effectively! 
    Please refer to the university's official website from time to time for any updates or amendments:
    Mid-Semester / Inter-Semester Breaks
    21st Convocation Ceremony Dates (14 – 17 Nov 2026)

    ACADEMIC MANAGEMENT CENTRE (AMC), UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
     

  • Jom Selangkah ke UniMAP!

    Masih tercari-cari universiti yang sesuai? Inilah peluang anda untuk merasai sendiri pengalaman di UniMAP!

    Apa yang menarik? Lawatan ke Perpustakaan UniMAP | Food Truck | Cabutan Bertuah | Pameran Program Pengajian dan pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

    Jangan lepaskan peluang untuk mengenali UniMAP dengan lebih dekat. Ajak kawan-kawan dan keluarga, jumpa kami di Selangkah ke UniMAP!

    https://jommasukunimap.freehosting.dev/?i=1

    Bahagian Promosi dan Pemasaran (PMD), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Universiti Malaysia Perlis.

1
Students
1
Academic Staff
1
Academic Programme
1
Faculties

History

Come Get To Know Us

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) is Malaysia's 17th public institution of higher learning. Approved by the Malaysian Cabinet in May 2001, it started off as a university college - Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM). The institution’s first intake comprised 116 engineering students who began classes in June 2002. In February 2007, KUKUM was upgraded to a full-fledged university and renamed Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). The university is one of only four technical universities in Malaysia.

UniMAP’s raison d’etre was to produce highly-skilled engineers to fulfil and support Malaysia’s Industrial Blueprint (Pelan Induk Perindustrian Negara). Over the years, we have remained true to this mission, aiming to produce exemplary individuals who will contribute to the Nation’s development and industry competitiveness agenda.

ACADEMIC CALENDAR
ACADEMIC GUIDE BOOK
ACCREDITATION
TVET PROGRAMME
MTUN
MYMOHES
SETARA
MPQ

News

Proposal Meeting on Tahfiz TVET Development @ UniMAP

UniMAP Working Visit to Politeknik Seberang Perai

Outcomes Presentation : Academic Governance Document Development Workshop

UniMAP Working Visit to Walta Centre of Excellence (WCOE)

PERBINCANGAN PENANDA ARAS APEL.A

     PERBINCANGAN PENANDA ARAS...

LAWATAN PENANDA ARAS HYBRID SPACE LEARNING

       LAWATAN PENANDA ARAS HYBRID...

TAKLIMAT PENANDA ARAS APEL A

     TAKLIMAT PENANDA ARAS APEL.A...